.this is me.

me: hazirah abd rahman :))


.GERAM.

ish, aku ni datang kerja hari-hari penuh tekanan je. sumpah nak nangis. GERAM kot. aku memang meluat dengan nenek si tua ni. hipokrit gila. hello, be yourself boleh tak? semua, semua orang ni hipokrit gila. cerita belakang bersepah. go ahead. collect dosa banyak-banyak okay? dia ingat aku ni bodoh ke? ingat aku tak kenal kau, dia, serta kawan-kawan kau ke? hesh. sumpah menyampah gila muka kau tahu tak? tak tahan doh. kalau ikut hati, memang nak je sound. potong cakap aku apa hal? bab* betul. nasib aku tak puasa hari ni. memang darah dah naik kat kepala dah ni. kau is nobody to respect. 

.merungut.

esok dah khamis. then, jumaat. lagi dua hari. entah bila? haihh.

.tak sabar.

saya memang susah nak sabar banyak-banyak. haih. penat dah sedapkan hati. bila nak dapat ni? sampai bila nak tunggu? sampai bila nak sabar? dah tak boleh sabar. mereka ni tagline macam bagus. tapi betul ke bagus? ke pura-pura bagus? ish, geram betul.

mari bergambar! sebahagian staff di CRIM. :)

.belog baru.

okay, mahu beritahu secara ringkas dan padat. saya sudah ada belog baru.

zyrahman.blogspot.com

sekian, terima kasih.

eh, eh nak cakap lagi la. nanti dulu, jangan pergi lagi. tumblr dan belog, dua-dua saya suka. tumblr ini penuh dengan warna warni. macam hidup kita sehari-harian. setuju tak? mesti cakap setuju okay? haha. dalam hidup kita mesti kita rasa suka, duka, gembira, sedih, pilu, sebak, terharu, teruja, stress, marah, geram, benci tapi rindu dan sebagainya. kalau nak tulis semua, sampai esok tak sudah. belog pula? macam apa ya? ke pasal nuffnang? apa-apaan saja lah. yang penting anda happy-happy selalu.

saya happy, tapi rindu dengan kawan-kawan saya. BFF, you know who you are. so cepat set date untuk dating dengan aku pula. kalau tak jadi lagi, aku merajuk lagi. haha. 

.double happiness.

okay, malam ini rasa teruja mahu mengupdate tumblr ini. hehe. firstly, terima kasih buat suami tercinta kerana let me keluar berdating dengan cik Nurul Ashikin Abu Hassan! oho, lama sungguh tidak jumpa ini budak. rindu bangat doh. as usual, ekin memang non stop talking la kan. itu yang buat dia sangat senang di dampingi. dan sekarang ekin sudah dekat, maka mungkin senang untuk kami berjumpa lagi, dan lagi. bila cik ekin tidak busy lah. sekian untuk hari ini. berjumpa di lain hari. akhir kata, mahu senyum lebar-lebar lagi. :D

p/s: sudah masuk hari ketiga encik suami asyik kerja malam. haih. hari ahad kerja malam lagi. saya tak dapat bb siap awak. huh. :(

.cedera hati.

haha. tajuk tak hengat, bukan bukan. bukan itu tajuk sebenar. ini baru betul, cenderahati. tak tahu juga? sila google. ;p 

di office ni dah macam sinonim sangat, bila ada orang pergi jalan-jalan, outstation, wajib beli cenderahati. lagi-lagi golongan bos-bos la kan. dulu ada satu bos ni baik, selalu bagi cenderahati pada secretary terutamanya. best kan? pernah dapat loket dari cambodia, kasut kecil dari holand, sweet sangat bos itu. tapi sekarang bos itu sudah tiada. sedih saya. huu. bos saya pun pernah bagi juga. bos dia, dia.

sebenarnya main point aku cerita ni sebab aku baru dapat cenderahati. haha. kalau pergi australia, memang terkenal la dengan patung koala tuh. kali ini saya jumpa yang kangaroo, teruja sedikit ya di situ. hee. comel. dan ianya berbentuk keychain. dan keychain memang terkenal sebagai cenderahati yang terulung. betul kan?

nanti aku pergi jalan-jalan, nak ke aku belikan cenderahati untuk kalian? kalau ada duit lebih la ek? haha. adik-adik aku beratur kot nak bagi. yeay, mari kita countdown nak pergi situ! mari senyum lebar-lebar. :D

.sujud.

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tuk ku teruskan

.saya mahu.

seronok kan bila dapat apa yang kita mahu? apa yang anda mahu? saya mahu:

1. blackberry in white edition, semart gila!

2. shopping till i drop di Jakarta/Bandung, head to toe! 

3. shopping lagi di Malaysia. handbag, for sure.

4. DSLR / sony DSC TX-5.

5. to be loved and loved always; husband, family and friends.

.lauk nasi lemak.

okay, hari ini mari kita survay: “anda suka nasi lemak lauk apa?”

sotong ke, paru ke, kerang ke, ayam ke, rendang ke, telur mata ke, atau apa lagi?

saya suka telur mata, it’s enough for me. tapi kalau ada ayam pun syiok juga. ;)