

pagi tadi jammed gila. haih. pasai apa? dah tahu kenapa, sebab ada sukan kat stadium ukm ni. sekolah private pun nak buat sukan kat ukm. patut la kereta alphard sepanjang-panjang jalan. serta kereta-kereta kategori mahal la. bersepah kot~
maka, haruslah mendengar radio kan. kejap-kejap aku tuka sebab iklan banyak sangat dan bosan tunggu jammed. topik hot fm hari ini agak menarik la sebab topik pasal kawan di tempat kerja. best kan kalau dapat kawan yang sebaik-baik umat dalam office. tapi kadang-kadang depan baik, belakang? Allah saja yang tahu. lambat laun kita tahu juga kalau Allah tu nak tunjuk. huhu. dari dua pemanggil yang called hot fm tu, dua-dua kawan baik mereka bukan islam. mungkin yang bukan islam ni lebih jujur dalam persahabatan kot? aku ni tergolong dalam kategori yang TAK friendly. tapi bila dah rapat, automatic jadi tersangatlah friendly. hehe. then, aku TAK reti nak main menyampuk cakap orang. baik la konon? haha. so, agak susah gak la nak berkawan dengan aku ni kot? mostly pun cakap aku ni muka sombong la, muka garang la. biaq pi la depa. nak kawan, kita kawan. tak nak? aku tak paksa no. aku dah cukup punya kawan yang baik setakat ini. ceria-ceria selalu dan selamat beramal.:)