

selamat datang ke ruangan menghias rumah bersama saya. ini adalah episod pertama saya. ecewah, sangat poyo! haha. tips menghias rumah sangat sinonim dengan ke’kreatif’an air tangan seseorang terhadap rumah mereka. betul tak? unless mereka menggunakan interior designer untuk design rumah mereka la. saya tak la berapa pakar sangat, tapi selalu dengar, lihat, tengok dan survay tentang rumah memandangkan saya bakal akan ada rumah sendiri sooner or later. :) seperti rumah saya, (maaf tiada picture disebabkan kemalasan untuk take a picture, haha) emak saya yang hias sendiri rumah kami dan selalu di copy paste oleh orang-orang tertentu untuk mencantikkan rumah mereka. kalau jadi cantik la. eh, eh ubah topik suda. hee. maaf. okay, mari kembali ke topik sedia ada ini.
bagi mereka yang berduit atau berwang lebih, tentu mereka akan mengupah designer yang berpengalaman untuk meng’design’kan rumah mereka. ini juga bagi mereka yang terlalu busy dalam kehidupan seharian mereka. bagi orang-orang seperti kami atau emak saya, beliau lebih suka men’survay’ dan mengambil idea tentang segala benda macam hiasan dalaman rumah di dalam magazine seperti anjung seri atau impiana dan lain-lain. selain itu, anda boleh pergi ke ikea, (bagi yang suka modern concept) tapi saya suka ke ikea kerana nak makan meetbal yang selalu di’craving’ oleh saya. oh, delicious! tiba-tiba terliur. ;p atau emak saya sangat suka ke kedai elyza’s yang menjual barangan yang bertemakan english. dan juga, emak saya sangat rajin ke nilai 3 atas alasan ‘jalan-jalan’ padahal bila balik confirm bawa something for hias rumah. dan emak saya sangat obsess dengan kayu jati dan secara tiba-tiba orang-orang tertentu juga minat dengan kayu jati. huhu. jauh sungguh cari kayu jati sampai ke nilai 3? kadang-kadang sahaja. hehe. sekarang juga terkenal dengan wall sticker. tidak tahu apa dia? sila google. hehe. selepas boarder dan wallpaper yang telah popular suatu ketika dahulu.
kesimpulannya, banyak benda atau rujukan yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan IDEA, bukan just copy and paste. jika itu terjadi, rumah anda mungkin tidak nampak special. tak kira kita beli di mana, atau barang apa yang diperlukan untuk menghias rumah asalkan anda kreatif. itu sahaja. olahan dari yang asal mungkin tampak lebih cantik jika kita kreatif. itu yang mahu saya tekankan di sini sambil menekan keboard kuat-kuat, KREATIF. dan minat juga boleh menjadikan rumah kita cantik selain berpengetahuan tentang warna atau susun atur. ini semua penting, kita juga perlu tahu sedikit sebanyak. selamat menghias rumah! okay, sekian tips kali ini. semoga berjumpa di lain hari. :)